Wednesday, August 31, 2016

Percutian ke Krabi, Thailand.

Hari ni merupakan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Jadi saya nak beralih ke bahasa melayu lah..asyik berbahasa orang putih je macam mana nak memartabatkan bahasa melayu ye tak? Hehe
Berbalik kepada topic blog saya hari ni, iaitu percutian  ke Krabi. Saya bercuti ni dengan bajet yang terhad. Nak tau macam mana? jom baca blog saya sampai habis.
Tau tak krabi tu kat mana? Alah negara jiran kita lah Jemah oii! Thailand.. sawadee krup!

Sebenarnya trip ni saya pergi tahun lepas Ogos 2015. Baru terfikir nak share lah pengalaman saya.
Apa yang saya nak sampai kan atau kongsikan kat sini adalah cara saya jadi terpulang lah kalau nak ikut cara saya atau tidak yer.
I bawa RM300 je cash dalam pocket. Berani tak ke negara orang bawa duit sebanyak tu je? Berani mati kan I. Bila tukar duit Thai Bath dapat sikit je tak sampai 3000 Thai Bath, maklumlah duit Malaysia dah turun. Tapi cukup jugak lah. Balik masih ade baki lagi. Saya ni bukan lah bijak sangat dalam merancang dari Segi kewangan ni.

Antara semua destinasi percutian di Thailand, Krabi merupakan satu tempat yang popular dikalangan rakyat Malaysia. Tak percaya tengok lah sendiri nanti.
Bukan itu sahaja, malah Tiket penerbangan yang murah oleh AirAsia menjadi salah satu faktor kebanjiran pelancong dari Malaysia.
Soal makanan halal, tak payah risau, memang banyak kat krabi ni. Majoriti penduduk kat sini adalah Islam. Ada masjid besar lagi area Ao Nang.
Dari segi tempat perginapan pulak, ada banyak pilihan dari murah hingga lah yang mahal. Saya rasa tak payah lah risau sebab banyak hotel murah kat sini. Lagi-lagi kalau low season. Saya memilih untuk tinggal di Ao Nang sebab tempat ni memang popular di Krabi. Semua ada kat sini.

Cara pergi ke Ao Nang dari Krabi Airport

Paling murah, ambil je lah bus dari airport ke Ao Nang. Bus putih tu, siap hantar terus ke depan hotel korang. Kalau tak silap dalam 150 Thai Bath je kot. Perjalanan mengambil masa dalam satu jam jugak lah aku rasa.
Kalau banyak duit dan nak yang selesa lagi naik lah taxi. 500 Thai Bath uols.
Hah ..mana satu pilihan yang korang nak ambil?


Mana saya tinggal?

Masa tu saya tinggal di Ascot Krabi Hotel semalam dan 3 Bees Guesthouse 2 malam. 500 Thai Bath semalam je untuk kedua dua hotel tu.


Review hotel

Ascot Krabi Hotel
Hotel ni saya booked melalui Agoda. Ruang bilik ni besar, bilik air pun besar dan ada balcony dengan view bukit. Tapi yang tak best nya, semasa saya tinggal kat situ TV hotel ni tak terang lah..tapi bagi saya bukan lah merupakan satu masalah yang besar asalkan tempat tidur saya bersih dan selesa. Staff hotel ni pun OK. Maaflah takde gambar lah nak share, korang boleh google je.

3 Bees Guesthouse
Hari kedua dan ketiga, saya tinggal kat sini. Berpandukan pada review dari agoda, ramai cakap tempat ni best sebab boss dengan staff dia friendly. Tapi bila sampai sana, saya tak rasa apa yang dikatakan friendly tu? Mungkin kah saya seorang saja? Atau dia org anggap saya orang Thai sebab tu tak dihiraukan.. hahaha..gitew!  Hampa I uols.
Bilik bersih, ada TV tapi bukan flat screen, aircond bagus dan juga balcony dengan view bukit jugak sama seperti Ascot Krabi Hotel. Ye lah kan ..sebaris je dgn Ascot tapi jauh sikit lah.
Tapi hotel ni jauh jugak boleh tahan kalau nak ke beach Ao Nang tu.. lenguh kaki tau. Nak balik tak larat jalan kaki kena scammed pulak dengan orang Tuk-Tuk tu. 100 Thai Bath lagi tu..melampau.



lobby 3 Bees Guesthouse...

kalau jalan-jalan kat Ao Nang ade je tengok ni...

Percutian saya ke Krabi ni sememang nya saja nak jejak kaki jer dan nak tau selok belok tempat ni. Yang pasti saya akan ke sini lagi untuk menikmati sepenuhnya Krabi ni.Tunggu yer akan ade part 2pulak.

Berbalik pada budget saya tadi, sebenarnya tiket flight dan hotel saya sudah tempah awal 2 bulan sebelum nya. Ni cara saya. Misalnya saya ke Krabi 3 bulan yang akan datang, bulan ni saya sudah siap beli ticket flight, bulan seterusnya saya akan book hotel dan bulan ketiga saya cuma bawa duit untuk perbelanjaan di sana, jadi tak lah rasa sangat beban kewangan tu kan?


ikan todak ke tu?









Aonang Beach, Krabi










ni, saya nak cakap sikit, kalau kat Krabi ni, BUKAN kat Krabi je, seluruh Thailand yer,  elakkan pergi makan kat fast food restoran seperti Mc donalds, burger king ke...sebab Mcdonalds korang mesti dah tahu tak halal kan. satu lagi, makanan kat fast foods chain ni jauh lebih mahal berbanding kat Malaysia. 1 set je dah 300 lebih Thai Bath. cuba hang convert duit malaysia, dlm RM30 lebih satu set woi, kalau kat Malaysia satu set dlm RM10 HINGGIT LEBIH JE JEMAH OIII.


ok lah, sehingga kita berjumpa lagi di blog entry yang seterusnya.. byeeeeee


xoxo

loves


fabulous ricolicious

No comments:

Post a Comment

Percutian ke Krabi, Thailand.

Hari ni merupakan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Jadi saya nak beralih ke bahasa melayu lah..asyik berbahasa orang putih je macam ma...